Saturday 4 December 2010

| Syukur #02


 Tapi akan Sampai satu waktu, apa yang kita hamburkan itu kepada sikeji akan kita lupa tak datang semula. Ia pergi jauuuh sungguh.. sangat lambat  datang semula peringatan yang sangat sangat berguna itu untuk datang lekat dengan kukuh dalam fikiran.

Apabila asyik memikirkan nikmat yang kita tidak ada dan kita mahu benar  nikmat itu, kadang kadang rasa sakit hati itu datang, disulam dengan tekanan untuk kembali kepada fikrah dan tanggapan yang bersih daripada kekotoran keduniaan dan hawa nafsu dorongan syaitan.

 Dorongan itu. Sangat kuat . Ia kuat sebab kita lupa nasihat nasihat syukur yang kita sendiri pernah ucapkan manusia lain dan  itulah syaitan, makhluk yang menyebabkan peringatan itu lari sejauh jauhnya sewaktu kita amat dahagakannya. Teguklah selagi boleh peringatan itu, agar kita tidak mudah dahaga pada masa akan datang.

Tapi syaitan itu tidak pernah ketandusan usaha.

*****

“ Eh, kau tengok pakcik mintak sedekah tu, kesiannya dia..” 

“ Yelah,kesian.. kaki sebelah cacat macam xde tulang, seksanya tengok dia jalan..” 

“ Tengok bibir dia tu, sumbing teruk pulak tu, macam mana dia nak cakap ek? ” 

“ Ha’ah, tengok tu dia cakap , angin je yang keluar, sengau pulak tu, kelakar kan? Haha.” 

“ Nasib baiklaa aku tak jadi macam tu, syukur sangat sangat.” 

“Aku pun sama, syukurlah tak jadi macam dia..” 

HELAAN SYUKURKAH ITU?


 Syaitannirrajim dari neraka yang manakah yang datang bergayut pada mulutnya pada waktu itu? Adakah kalimah syukur itu begitu gunanya? atau ia hanya sekadar helaan nafas untuk melepaskan lelah?
+
+
+
+

Semalam ada mimpi opah. Opah cakap slow slow sambil pegang bahu kemas kemas..

“ Cu..ingat.. bukan senang nak bernafas sebagai hamba ni..asyik selalu sajaa lupa nak bernafas sebagai hamba ni.. kadang kadang opah pun sesak nafas juga sekali sekala.. jadi hati hatilah ya..”
-
-
-
-
-
-


~..opah pun lesap dari pandangan..~


No comments: