Friday 3 December 2010

| Syukur #01


 Sudah tentu sungguh tidak enak sekali perasaan ini apabila melihat manusia lalai dengan apa yang mereka kecapi tambah tambah kalau kita tak punya nikmat itu dan yang ada pula tidak mahu ambil kisah satu apapun…mulutpun mula memberi nasihat berdegor degor.

"..Mereka ini tidak bersyukurkah pada apa yang mereka ada??kalau dapatla aku benda tu.."
"..Nabi dah banyak kali sungguh suruh kamu bersyukur, janganlah jadi kufur nikmat.."

"..Apa yang dia buat ni? Menggunakan kekayaan pada yang taksepatutnya dia lakukan,buat la amal sedikit, duit banyak sumbat dalam tabung masjid malu malu ambik duit belen dalam tabung khairiyyah Masjid Jamek Pangkalan Ulu Chepor apa kes?, mana main masuk duit dalam tabung besi, apa ada hal?kalau kaya, tu ha Tahun ni, terus pegi jumpa kiyai masjid mintak izin tambah 
bina lagi barang dua tiga tingkat masjid sekali lif lutsinar pakej eskelator laju laju kasi makmum dapat takbir pertama walau lewat , tahun depan sponsor terompah terompah selesa nak masuk tandas, tahun depan lagi buat kolam ikan letak ikan jepun warna warni bagi nampak urban sedikit kasi ramai anak  muda  datang  masjid , tahun depan satu lagi, masuk surat khabar dapat masjid terbaik bawak masuk Syeikh Fadhilah Maulana Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim Abd Ba’ith Al-Kittani Al-Husaini jadi imam masjid 5 waktu sehari semalam hari hari. baru true!.."
"..Ish  dia ni, sudah jauh dari tuhan dia ni, jauh sungguh, tak hidup bahagia kat akhirat nanti, tengokla kalau macam ni gayanya. mau tanah tak nak terima ni.kita lain la. Orang miskin.kan33? Kesian sungguh dia tu ye.."
"..Ini la rupa jadinya kalau tak mahu belajar agama, dulu suruh masuk sekolah agama sanggup ugut emak nak  lari rumah pergi rumah pak long dekat Singapura nun,  sampai kena bagi Gemboy sebiji kasi tenang baru sengih sengih nak ikut mak balik rumah. Dah masuk sekolah agama buat perangai lagi macam haram, alasan suruh belajar arab macam suruh masa depan adik gelap, kuno, tak sophisticated, susah nak berdaya maju dengan negara lain, tak beriringan dengan matlamat Negara yang sedang menuju era globalisasi dan teknologi hijaunya tanpa menoleh lagi kebelakang, susah nak kerja kerana peratusan statistik yang mengkaji tentang hal ini tidak rigid dan tepat dibandingkan dengan hal sektor yang lain, susah sangat bahasa ni sampai nak pecah kepala belajo, kalau belajar lagi lama, boleh bawak migrain kronik kerana bahagian otak bernama patella tidak dapat bertahan dengan psikologi terlampau cikgu adik kata. Budak budak asrama pulak bau busuk yahamat tak hengat, tak basuh baju minggu minggu sampai bau dia buat mata adik berair air menahan bau sebab tak tahan bau dia naik kepala yang juga boleh bawak jejas pada synnovial fluid adik. Kadang budak budak ni suruh adik hafal ayat kursi yang panjang panjang gila tak hengat tu, ayat seribu dinar lagi la, tengok nama ayat dah tahu. Bab bab agama macam ni boleh baca sendiri je mama, beli aje buku buku terbitan PTS, Alaf 21, Darul Tarbiyah Cemerlang Insan DiSayang dan berjuta juta lagi terbitan macam macam. Gemboy boleh beli, tak kan Ringkasan Himpunan Fatwa Ulama Ulama Kontemporari Sepanjang Zaman abad ini tak boleh beli ye dak mama? Adik bacew lew nanti.."
 Emak terus angguk deras deras,Bapak istighfar panjang ,geleng geleng kepala dengar,nak buat macam mana sekarang?  Jadilah macam tu.macam tu ha."

..Begitulah rupanya sebahagian daripada kita mengatakan kepada sebahagian daripada kita yang lain.. elok benor le teww..
 nota kaki : sakit hati, tak habis cerita lagi.nanti nanti sambung.

No comments: