Monday, 16 April 2012

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan



Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan
dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu
dengannya dan menyediakan tempat duduknya
dalam sesuatu majlis serta panggilah ia
dengan nama yang paling disenanginya.
Riwayat Al-Tabrani

Huraian:
      Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian
seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia
merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta
organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi 
  • unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi 
  • yang paling berkesan kepada setiap individu 
  • dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk 
  • kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh 
  • kepada yang lain.

  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah 
  • terlebih dahulu menghormati orang lain sama 
  • ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah 
  • dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya 
  • akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap 
  • kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang 
  • antara satu sama lain.

  • KOBI BASTE at  
  • http://hadis.feryco.com/perkara-yang-mengeratkan-persahabatan