Saturday, 4 December 2010

| Syukur #02


 Tapi akan Sampai satu waktu, apa yang kita hamburkan itu kepada sikeji akan kita lupa tak datang semula. Ia pergi jauuuh sungguh.. sangat lambat  datang semula peringatan yang sangat sangat berguna itu untuk datang lekat dengan kukuh dalam fikiran.

Apabila asyik memikirkan nikmat yang kita tidak ada dan kita mahu benar  nikmat itu, kadang kadang rasa sakit hati itu datang, disulam dengan tekanan untuk kembali kepada fikrah dan tanggapan yang bersih daripada kekotoran keduniaan dan hawa nafsu dorongan syaitan.

 Dorongan itu. Sangat kuat . Ia kuat sebab kita lupa nasihat nasihat syukur yang kita sendiri pernah ucapkan manusia lain dan  itulah syaitan, makhluk yang menyebabkan peringatan itu lari sejauh jauhnya sewaktu kita amat dahagakannya. Teguklah selagi boleh peringatan itu, agar kita tidak mudah dahaga pada masa akan datang.

Tapi syaitan itu tidak pernah ketandusan usaha.

*****

“ Eh, kau tengok pakcik mintak sedekah tu, kesiannya dia..” 

“ Yelah,kesian.. kaki sebelah cacat macam xde tulang, seksanya tengok dia jalan..” 

“ Tengok bibir dia tu, sumbing teruk pulak tu, macam mana dia nak cakap ek? ” 

“ Ha’ah, tengok tu dia cakap , angin je yang keluar, sengau pulak tu, kelakar kan? Haha.” 

“ Nasib baiklaa aku tak jadi macam tu, syukur sangat sangat.” 

“Aku pun sama, syukurlah tak jadi macam dia..” 

HELAAN SYUKURKAH ITU?


 Syaitannirrajim dari neraka yang manakah yang datang bergayut pada mulutnya pada waktu itu? Adakah kalimah syukur itu begitu gunanya? atau ia hanya sekadar helaan nafas untuk melepaskan lelah?
+
+
+
+

Semalam ada mimpi opah. Opah cakap slow slow sambil pegang bahu kemas kemas..

“ Cu..ingat.. bukan senang nak bernafas sebagai hamba ni..asyik selalu sajaa lupa nak bernafas sebagai hamba ni.. kadang kadang opah pun sesak nafas juga sekali sekala.. jadi hati hatilah ya..”
-
-
-
-
-
-


~..opah pun lesap dari pandangan..~


Friday, 3 December 2010

| Syukur #01


 Sudah tentu sungguh tidak enak sekali perasaan ini apabila melihat manusia lalai dengan apa yang mereka kecapi tambah tambah kalau kita tak punya nikmat itu dan yang ada pula tidak mahu ambil kisah satu apapun…mulutpun mula memberi nasihat berdegor degor.

"..Mereka ini tidak bersyukurkah pada apa yang mereka ada??kalau dapatla aku benda tu.."
"..Nabi dah banyak kali sungguh suruh kamu bersyukur, janganlah jadi kufur nikmat.."

"..Apa yang dia buat ni? Menggunakan kekayaan pada yang taksepatutnya dia lakukan,buat la amal sedikit, duit banyak sumbat dalam tabung masjid malu malu ambik duit belen dalam tabung khairiyyah Masjid Jamek Pangkalan Ulu Chepor apa kes?, mana main masuk duit dalam tabung besi, apa ada hal?kalau kaya, tu ha Tahun ni, terus pegi jumpa kiyai masjid mintak izin tambah 
bina lagi barang dua tiga tingkat masjid sekali lif lutsinar pakej eskelator laju laju kasi makmum dapat takbir pertama walau lewat , tahun depan sponsor terompah terompah selesa nak masuk tandas, tahun depan lagi buat kolam ikan letak ikan jepun warna warni bagi nampak urban sedikit kasi ramai anak  muda  datang  masjid , tahun depan satu lagi, masuk surat khabar dapat masjid terbaik bawak masuk Syeikh Fadhilah Maulana Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim Abd Ba’ith Al-Kittani Al-Husaini jadi imam masjid 5 waktu sehari semalam hari hari. baru true!.."
"..Ish  dia ni, sudah jauh dari tuhan dia ni, jauh sungguh, tak hidup bahagia kat akhirat nanti, tengokla kalau macam ni gayanya. mau tanah tak nak terima ni.kita lain la. Orang miskin.kan33? Kesian sungguh dia tu ye.."
"..Ini la rupa jadinya kalau tak mahu belajar agama, dulu suruh masuk sekolah agama sanggup ugut emak nak  lari rumah pergi rumah pak long dekat Singapura nun,  sampai kena bagi Gemboy sebiji kasi tenang baru sengih sengih nak ikut mak balik rumah. Dah masuk sekolah agama buat perangai lagi macam haram, alasan suruh belajar arab macam suruh masa depan adik gelap, kuno, tak sophisticated, susah nak berdaya maju dengan negara lain, tak beriringan dengan matlamat Negara yang sedang menuju era globalisasi dan teknologi hijaunya tanpa menoleh lagi kebelakang, susah nak kerja kerana peratusan statistik yang mengkaji tentang hal ini tidak rigid dan tepat dibandingkan dengan hal sektor yang lain, susah sangat bahasa ni sampai nak pecah kepala belajo, kalau belajar lagi lama, boleh bawak migrain kronik kerana bahagian otak bernama patella tidak dapat bertahan dengan psikologi terlampau cikgu adik kata. Budak budak asrama pulak bau busuk yahamat tak hengat, tak basuh baju minggu minggu sampai bau dia buat mata adik berair air menahan bau sebab tak tahan bau dia naik kepala yang juga boleh bawak jejas pada synnovial fluid adik. Kadang budak budak ni suruh adik hafal ayat kursi yang panjang panjang gila tak hengat tu, ayat seribu dinar lagi la, tengok nama ayat dah tahu. Bab bab agama macam ni boleh baca sendiri je mama, beli aje buku buku terbitan PTS, Alaf 21, Darul Tarbiyah Cemerlang Insan DiSayang dan berjuta juta lagi terbitan macam macam. Gemboy boleh beli, tak kan Ringkasan Himpunan Fatwa Ulama Ulama Kontemporari Sepanjang Zaman abad ini tak boleh beli ye dak mama? Adik bacew lew nanti.."
 Emak terus angguk deras deras,Bapak istighfar panjang ,geleng geleng kepala dengar,nak buat macam mana sekarang?  Jadilah macam tu.macam tu ha."

..Begitulah rupanya sebahagian daripada kita mengatakan kepada sebahagian daripada kita yang lain.. elok benor le teww..
 nota kaki : sakit hati, tak habis cerita lagi.nanti nanti sambung.

Friday, 26 November 2010

Menjunjung Amanah Menyanjung Agama Memikirkan Masa Depan


Hai Semua!! you all rindu I tak?ekekeke..


Dengan Nama Allah..


Al quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad untuk kebaikan seluruh umat manusia dalam menyampaikan risalah dan dakwah sejagat. Penting bagi kita sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim untuk sentiasa mendampingi salah satu daripada mukjizat yg paling agung di alam ini.kesahihannya tidak boleh dipertikai,ketepatannya dalam menilai sesuatu yang sudah lepas ,sekarang dan akan datang tidak dapat di celen oleh mana mana anasir yg ingin menyainginya seperti Doraemon ,A Girl Who's Leapt Time dan tidak lupa juga pakar pakar sastera dan para orientalis yang sentiasa untuk bergabung tenaga untuk menghasilkan mahakarya yang dapat menyerupai manual orang Islam yang sudah wujud berkurun kurun lamanya dan tidak berubah walau secoet pun.bak kata melayu tak lekang dek hujan tak lapuk dek panas malahan tidak akan tereffect dek kilat sepantas manapun.ini kerana alquran itu salah satu daripada bukti keagungan nikmat Allah Taala yang akan dirasai apabila kita HIDUP bersamanya.....

Seperti katanya ahli ahli jiwa..
 ALQURAN ITU AKAN HIDUP DALAM DIRI INI SEJAUHMANA KITA MENDAMPINGINYA.
 ini bukanlah bermaksud meletakkan alquran didalam poket bag yang paling kecil dan zip kemas kemas.lebih rare lagi jika diletak atas almari untuk mengelak daripada adik comel ingin mencapai sehingga terlupa untuk mengambilnya semula.muslim yang sentiasa membaca dan mengerjakan apa yang di bacanya adalah manusia yang dapat merasai ruh alquran itu sendiri dan dia seperti seseorang yang makin melazatkan makananannya yang sudah sedia lazat dan orang di sekitar dan berhampiran juga berjauhan dijordan atau malaysia juga dapat merasai kelazatan itu.inilah yang dikatakan tarikan alquran itu sendiri atau lebuh dikenali sebagai "LAW OF ATTRACTION" .tidak terkelaluan jika dikatakan alquran itu mempunyai satu kuasa yang boleh mengubah kehidupan diri sendiri orang sekitar malah alam ini ! saya tidak ingin berbicara lanjut mengenai hukum tarikan alquran yg sangat hebat dan tidak akan jemu untuk di perbualkan .bacalah buku "The Law of Attraction" terbitan imtiyaz produksi. ia pasti akan memberi para pembaca satu persepsi dan tanggapan yang sama sekali berbeza dan malarsegar tentang signifikan alquran dalam hidup.

كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدّبّروا ءايته وليتزكّر أولوا الألباب (ص:29)ز

Maka berinteraksilah dengan alquran selayak mungkin.bukanlah sekadar baca yang biasa. bacalah dengan jiwa.baca dengan matlamat yg nyata. nyata itu bukan untuk dunia sahaja , ia untuk hari yang benar benar NYATA juga. hari yang bukan jasad yang berkata tetapi jiwa dan hati yang bakal bertemuNYA.






baca, tadabbur ,amal .
  berkata ibnu mas'ud r.a { semestinya bagi kamu untuk menggerakkan hatimu dengan alquran dan jika kamu tidak menggerakannya dengan alquran alkarim ,takut kamu pula akan digerakkan dengan benda lain, dan dengan itu baiklah bagimu untuk membaca alquran itu dengan tadabbur}.

oklah.sembang sembang ringkas saja malam ni.

Menjunjung Amanah Menyanjung Agama Memikirkan Masa Depan.


+
+
+
+
+
+
+

+
++
+++
 PERKARA DIBAWAH ADALAH PERKARA SERIUS. JANGAN BUAT MAIN.


Tengok org kawin lu orang nak kawin. Tengok orang beli iphone lu orang nak beli iphone. tengok orang kena belasah lu orang lari pulak.

Kerja markaz lughah pun boleh tergendala cerita hal hal macam ni.bab kawin nombor satu. biar tak siap kerja daripada tak siap sembang pasal kahwin.belum masuk cerita si penyembang penyembang pasal hal ehwal perkahwinan masa depan mereka.kalau tak di letak qarar memang tak berhenti


******

ayat wajib shahier kalau jumpa budak kiut tepi jalan .

shahier : urgh!! comel gila budak ni...(sambil cuba kejar nak pegang pipi) tak tahan aku. weh mok taun depan ko kawen la mok. ko jangan risau kitorang boleh hendel semua,kiteorang sanggup jaga anak ko, kiteorang sanggup ni.betul ni.aku tak boleh doh..mak aku x kasi... mula mula gua ingat main main. Tapi kalau dah setiap kali jumpa budak kiut miut ckap benda sama parah jugak dibuatnya.setelah gua kira kira, lebih sepuluh kali memorandum lisan ni ditujukan pada gua atau ikut nasiblah. kalau ahmad ada kat sebelah amad pun kena sekali.ikut nasib.

Ada sebab gua tak nak.

# gua rasa kalau perangai kanak kanak ribena bawak ke kawin tak lama.
# gua boleh je kawin. apa ada hal ? tapi gua dok sini pun guna duit orang.tak jentel pulak gua rasa.
#  gua dah ada calon.calon tu pulak memang tak hingin dengan gua. Lu orang rewang sebulan pun tak guna..
# mak gua tak kasi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




yes!! kehkehkeh.
jangan takut untuk.

Menjunjung Amanah Menyanjung Agama Memikirkan Masa Depan.



















Wednesday, 3 November 2010

Saturday, 23 October 2010

Nak lempang,lempanglah.jangan cubit sudah...


aur kalau tidak bertebing memang payah. siapa ckp senang? siapa? siapa? cakap! meh sini bagi babap sket! biase nih ! lawan pepatah melayu.....bagai AUR DENGAN TEBING.

**************

salam sayang semua. aku mmg akan kene lempang hari ini sbb pos nih tiada satu haram pon berkaitan dgn belajo.. tapi demi kebaikan kita . ak tulis. biarpun sakit. eceh.
dalam bahasa melayu kita kata, hidup mesti ada memberi dan menerima... manakala dalam bahasa orang putih kata mesti ada give and take dan dalam bahasa cina kata. gua bagi, lu mesti terima maa...dalam bahasa tamil pergila mati .gua tak belajar.

so..tak kan tak paham lagi woi !

hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

 Sumbanglah untuk agama, tulislah untuk agama, berkorbanlah untuk agama...., agama apa? agama Islam la...Islam! tak banyak, sedikit pun tidak mengapa, janji ada.biarlah diri itu dapat pahala jika ada yg membaca. tambah jika yg membaca itu beramal.... ah malas nak cakap .sampai berbuih mulut ni ha!

walaupun kita sibuk sikit dengan aktiviti Halaqoh bersama mufti Saudi di Mekah 1-2 malam ni.Betis dikaki pon jangan cakap lah..dah bebirat kena sebat dengan batang kurma sebab malas nk datang..

+
+
+
+
+

"Enta ni kerja berblog dan berfesbuk saja!".


Begitu gaya marah tuan guru mufti sejurus melibas batang kurma ke betis gua yang licin bersih.Pedih jangan ceritalah.Ahmadeenejad tersengih sengih tengok  kena sebat.Cinabeng bukan dia nak tolong.


orang islam rajin bukan?
haa pandai pon..

 kita boleh berubah..


Selain memiliki ilmu, bekerja kuat atau dalam bahasa orang putihnya hardwork juga menjadi kata kunci untuk mengubah nasib. Betul.. korang belajar masa sekolah menengah ponteng kelas prep tapi dapat SPM 10A. Betul.. kawan lu orang nampak sempoi, tak study, malas, kuat melepak, slackers, hari hari tido dalam kelas, malam keluar ole ole hari hari..tapi bila periksa dapat mumtaz. Nampak cool dan genius!. Tapi jangan kita lupa, perkara cool dan genius tidak berlaku dalam kehidupan orang dewasa yang ada tanggungjawab. Hidup dalam dunia sebenar memerlukan kematangan. Kerja keras melambangkan kematangan. Genius masa sekolah boleh simpan dalam reban itik kalau masa kuliah masih buat perangai ponteng, perangai rilek rilek, perangai malas, perangai tido dalam kuliah dan segala perangai cool yang nampak best di mata kawan kawan suatu masa dulu. Hidup yang sebenar bukan perkara suka suka dan main main. Kerja kuat bukan bermakna pasti jadi kaya, atau pasti berjaya..apa yang lebih penting, kerja kuat bisa menonjolkan sikap diri kita sebagai manusia bermaruah dan punya harga diri dalam menelusuri ranjau kehidupan yang tak kenal erti kesian.

Nasib kita boleh berubah..


gua ingat nak selitkan video yang khas dibuat untuk post kali ini.bagai aur dgn tebing.tak jadi.



nak lempang, lempanglah, jangan cubit sudah.
  
p/s : ingatkan gua kalau  gua lupe hal hal macam ni
*nak upload video ni macam haram dia punya lama.kalu nak jgn segan2 nak mintak.
    semua video hiwar kelas arab ami ustaz Arshad.:)



DIBLOG OLEH MARAHMARAHSAYANG AT 4.30 PM.
  

Thursday, 21 October 2010

جمع القرآن الكريم

Pengumpulan  al-quran pd zaman nabi
dua cara pengumpulan quran di zmn nabi:
-hafal (الحفظ في الصدور)
-tulis (الكتابة في السطور)

1.dgn cara menghafal  (الحفظ في الصدور)
Tdpat byk faktor yg mnyebabkn pngumpulan quran dgn cara hafalan,sama ada yg berkaitan dgn nabi,sahabat mahupun keadaan arab itu sendiri.


Antara faktor berkaitan dgn keadaan arab:
-suasana tabiie yg mnggalakkan
-khidupan yg jauh dr kemewahan,berpada2 dan jauh dr kesibukan dunia
-mereka dr kalangan ahli2 bahasa (هم أهل اللغة الأصل)

Faktor yg berkaitan nabi:Allah SWT telah mnjamin Quran terkumpul di dada baginda/((أن يحفظه


Faktor-faktor lain:
-sahabat2 yg buta huruf,tiada cara lain bg mereka melainkn dgn menghafal
-Ganjaran yg dijanjikan oleh Allah SWT di akhirat
-Rasulullah sering mbuat perbandingan antara sahabat mnggunakan quran-akan dilebihkan org yg mnghafal quran dlm byk perkara(Cth:dilantik menjadi pemimpin)
-menenangkan jiwa pembacanya,menyucikan jiwa-sebaik2 zikir adalah al-quran


*kalau salah sila edit dan bgtau kesalahan tu...Wallahua'lam